Sunday, December 14, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum.....
8 Disember 2008... Hari ini aku dan Family balik kampung kat Kuang Selangor....
Takla Jauh daripada rumah cuma 45 minit perjalanan je dari Shah Alam. Itu pun kami balik hari. Hujan je sepanjang hari.... Rahmat..... Alhamdulilah.....
Sampai je kat Kampung perkara pertama aku buat lepas salam ialah tengok lembu....
Gemok gak la lembu yang nak di korbankan....

Korban tahun ni kat kampung aku sebanyak 4 ekor lembu je.... 1 ekor untuk kaum family aku dan 3 ekor lagi orang kampung tumpang korban kat sini....
Meriah jugak majlis korban kat sini....
So dapatlah aku pengalaman baru tahun ni......
Sedih gak tengok lembu di sembelih..... tapi yang bestnye dapat makan sup tulang lembu fresh....
Ngences.... tangkap leleh beb..... sampai pening kepala aku dibuatnye....



Dalam proses korban tu adalah jugak aku join timbang daging untuk di agih-agihkan 1 kg seorang.... dah yang pasti nye sepanjang 1 minggu musim korban ni.... lauk daging kat rumah aku memang tak miss.... ye la sayang kalau terbuang expecially daging korban.





Lepas majlis korban tu.... nenek aku and makcik - makcik aku buat kenduri doa tahlil arwah datuk dan adik aku. So daging lembu tu di masak rendang dan tulang menulangnye dibuat sup... dan separuh bahagian di sedekah kan kepada yang memerlukan.....
Akhir sekali.... minta maaf salah silap....dan Selamat Hari Raya Korban....
jumpa di lain blog.... see u.... Assalamualaikum....

No comments: